Wednesday, April 9, 2014



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .
Sollu 'Ala Nabiy . :')
Allahu Allah . Sekian lama menunggu .
Sebentar tadi baru sahaja pihak MTAQ-YINK menghubungi aku .
Bakal ditemuduga pada Ahad 13.4.2014 . Gemuruh,teruja,risau . Segalanya bercampur baur .
Ya Allah,seandainya aku ditakdirkan untuk masuk ke sana,hamparkan jalan kemudahan buatku ya Allah . Jangan Engkau sulitkan . Khabar gembira dari rakan seperjuangan,menyatakan bahawa beliau layak untuk masuk ke KTD . Tapi masih belum menyatakan keputusan beliau,ke mana arah tuju selepas ini . Buat sahabat kesayangan Allah,jua daku,semoga Allah mudahkan segala urusan buat kalian . :')
Hati ini masih menanggung rindu untuk dipertemukan dengan kalian . Sungguh,rindu untuk berjumpa selalu seperti dahulu . Andainya diberikan rezeki untuk kita berjumpa,insyaAllah . Tiada apa yang mampu menghalang melainkan dengan kehendakNya .

. Doakan Aku .

Friday, March 21, 2014



Bismillahirrahmanirrahim .
Kata orang,ikut hati mati,ikut badan binasa . Allah . Hanya mampu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa .
Keliru . Masih keliru memilih jalan yang terbaik buat diri . Andainya mengikut saja kata ayah terselit satu keberkatan,aku redha ya Allah . Rasa bimbang menguasai diri . Tatkala secebis rasa tidak yakin pada Allah mulai timbul . Terfikir . Adakah aku mampu untuk menjalani kehidupan sebagai bakal seorang al-hafizah ? Ampunkan diri ini ya Allah kerana tidak yakin dengan rezeki dan perancanganMu .
Mungkin saja sayang atau rindu untuk berpisah dengan sahabat karib menyukarkan diri untuk membuat keputusan . Allahumma Solli 'Ala Muhammad . Ya Allah,seandainya Engkau sedang mengatur perancangan terbaik buat diri ini,Engkau hadirkanlah rasa haqqul yaqin dalam hati hambaMu ini ya Allah . :'(

Selain ayah,ustazah juga menyarankan aku supaya masuk ke maahad tahfiz . "Mungkin kamu berkebolehan dalam bidang quran" . Kata-katanya masih terngiang di telinga . Adakah Engkau sedang memberi petunjuk buat diri ini ya Rabb ? Lemah tak berdaya kerana tidak mampu berkongsi dengan sesiapa perihal masalah yang dihadapi . Hanya mampu meluahkan segala isi hati melalui jari jemari . Buntu .

Kadangkala,ilham untuk memilih jalan ke maahad tahfiz datang menyapa . 'Allah mahu aku mendekatkan diri lebih kepadaNya dengan bait indah Quran' . Mungkin . Sedang mencari jawapan <3

Thursday, March 20, 2014



Bismillahirrahmanirrahim . Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

20 March 2014 tarikh bersejarah buat aku dan teman-teman . Allahumma Solli 'ala Muhammad .
Iaitu tarikh keluar natijah SPM 2013 kami . Alhamdulillah,turut bergembira tatkala melihat sahabat-sahabat tersenyum puas bila menerima keputusan SPM mereka . Tahniah ! Buat diri,mungkin saja kali ini bukan rezekimu . :) Rasa syukur menyinggah di hati walaupun natijah SPM ku tidaklah secantik mana jika dibandingkan dengan sahabat lain . Pujian buat Tuhan Yg Esa meniti di bibir biarpun jauh di sudut ruangan hati terselit jua rasa kecewa . Kecewa kerana tidak mampu memberikan yang terbaik buat ayahanda dan bonda . Bagi menyedapkan hati,SPM bukan penentu segalanya . Masih ada lagi peluang untuk berjaya . 

Allahu Allah . Aku meluahkan hasrat kepada ibu untuk melanjutkan pelajaran ke Ting.6 . Hingga saat ini masih buntu memikirkan ke mana hala tuju selepas ini . Permintaan ayah untuk mendaftar aku ke MTAQ-YINK masih belum ku beri apa-apa jawapan . " Akademik sudah,now try untuk mengaji bidang quran pulak " kata ayah . Allah . Terasa sukar untuk menolak hasrat ayah setelah mendengar kata-kata beliau tadi . Keputusan untuk menyambung STP tak ku lupakan begitu saja . Terdetik . Mungkin ada keberkatan jika aku menurut saja kata ayah . :'/ 

Buat masa ini,keputusan masih belum dibuat . Istikharah,yaa .

.JALAN TERBAIK.

Moga Allah redha .

Friday, December 20, 2013

Saya Sudah Remove :)


 
Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa alih . Sekarang dah pukul 12.27 pm sudah . Tapi mata lebih memilih untuk still berjaga . So,aku pun tetiba terlintas nak 'melenguhkan' segala jari-jemari dengan menaip something,hurm maybe ada jugak sedikit info yg tak kurang bergunanya juga untuk u olls :)
Pernah tengok iklan-iklan yang ada dalam blog-blog yg u olls pernah visit ker,or maybe diantara all of you ada yang letak iklan-iklan dalam blog . Hehe,well,saya pun baru jer terbaca satu post about iklan-iklan macam ni . Iklan mcm tu pernah jer letak,pastu remove balik -.-
Demi kebaikan bersama . cewaaa ><
Tajuk dia bunyi macam nih,
Upah dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?
 Okay senang citer,cheq copy ja . Sama-sama baca naa ? :3
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau  wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
  • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna
  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
KESIMPULAN 
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Punya panjang . Haha . Its Okay,bila pikir balik . betul jugak . Anyway,saya buang sebab rasa syubhah . atau erti kata lain was-was . kalau dah was-was tu,better remove saje .
Sekian :3




Imam Ahmad .


Suatu hari, ketika Imam Ahmad bin Hanbal keluar ke pasar dan membawa bersamanya barangan yang banyak sekali.

Orang ramai melihat keadaan Imam Ahmad dan mereka merasakan tidak patut seorang ulama' yang masyhur lagi mulia dan terkenal membawa barangan yang banyak, lalu orang ramai dengan rendah dirinya menghulurkan bantuan kepada Imam Ahmad.

Kata orang ramai kepada Imam Ahmad, "tidak perlu bagi kau imam mengangkat barang-barang ini".

Imam Ahmad menangis dan lantas menjawab dengan bersahaja, "kita ini orang yang miskin. Kesian dekat kita. Jika tidak kerna Allah tutup aib kita, nescaya akan terbukalah segalanya".

Tambahnya lagi, "Jika kau tahu tentang dosa yang ada padaku, nescaya kamu akan mengambil pasir lalu dibaling di atas kepalaku, bukan mencium tanganku".

See ? MasyaAllah,tawadhuk nya Imam Ahmad . Sekadar pengajaran buat diri and readers semua . Sollu 'Ala Nabiyul Karim . :)

Thursday, December 19, 2013

Riak .

Rinduku Padamu Duhai Kekasih Allah .
salam mahabbah buat sahabat yang sedang membaca post ini .
mari ambil masa satu saat untuk mengucapkan syukur kepada Allah
atas segala nikmat yg diberikan olehnya selama mana kita hidup diatas muka bumi ini .
Alhamdulillah .

sungguh . terasa malu tatkala diri ini sering terleka dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba .
adakah sepanjang aku berdakwah ini pernah ada sekelumit rasa riak dengan ilmu yang aku sampaikan
kepada saudara-saudaraku ya Allah ?
Andai terdapat rasa riak itu walaupun hanya sebesar zarah,aku merayu ya Rabb . Kau buangkan rasa itu 
dari qalbu ku lalu kau campakkanlah sekeping keikhlasan dalam hati ini ya Allah, agar penat lelah aku dalam melaksanakan tugasku sebagai seorang islam tidak menjadi sia-sia .

sungguh . tanyakan pada dirimu wahai sahabat yang dikasihi Allah . Pernahkah engkau merasa gah dengan tulisan-tulisan dakwah yang engkau sampaikan atau percakapan yang engkau lontarkan seolah engkaulah yang lebih berilmu jika dibandingkan dengan mereka yang lain ? Allahummaghfir lana wal muslimin .
Moga Allah melindungi kita dari perasaan 'keji' tersebut yang mana merupakan antara sifat yang dibenci olehNya . Ayuh kita tingkatkan dan memperkuatkan iman dan hati agar sentiasa takut dengan azab Allah pada yaumul hisab kelak .

Bahkan disebut oleh Rasulullah dalam hadis riwayat Al-bukhari yang bermaksud “Sesiapa memperdengarkan (amalnya), Allah SWT pun akan memperdengarkan (keburukannya); sesiapa memperlihatkan (amalnya), Allah SWT akan memperlihatkan (keburukannya).”

Dalam hadis diriwayatkan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku bimbang atas kamu adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Rasulullah SAW menjawab: Riak.”

Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya . Sesungguhnya taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman . insyaAllah .

RSU Official Copyright